Langkah-langkah yang perlu di ambil apabila mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada adik-adik yang bakal mengambil keputusan SPM dalam beberapa hari lagi. Nervous ke tu? Hehe. Jangan risau, walau apa pun keputusan SPM anda, terimalah dengan hati terbuka. Tetapi, sekiranya anda mendapat keputusan yang kurang baik, disini ada beberapa cadangan langkah-langkah yang perlu anda ambil. Namun harus diingat, keputusan SPM bukanlah segala-galanya dalam dunia ini.

1. Bila melihat keputusan yang SPM yangkurang memuaskan hati, bersabar dahulu. Jangan salahkan sesiapa, jangan salahkan  diri sendiri. Relax dulu. Buat macam biasa walaupun hati memang tak senang. Kawal emosi dan banyakkan beristighfar bagi yang beragama Islam. Jangan cuba-cuba terfikir untuk bunuh diri atau mencampakkan diri ke lembah-lembah hina.

2. Bila tunjukkan keputusan yang kurang tersebut kepada keluarga, anda akan menerima pelbagai respon. Juga bersabar. Sekali lagi wajib diingat, keputusan SPM yang kurang itu bukanlah segala-galanya. 

3. Cuba tengok keputusan tu, ada berapa kredit? Subjek apa yang kredit? Nampak macam tak effect  sangat. Tapi percayalah, ini yang akan menentukan hala tuju anda selepas ini. Anda harus progresif pada saat ini.

4. Tentukan sama ada, anda masih berminat untuk menyambung pelajran atau terus berkerja?

5. Kalau tak pasti, cuba berbincang dengan ibubapa, senior, kawan ataupun kaunselor di sekolah. Dan bagi yang beragama Islam, bangun la awal malam buat solat hajat dan solat istikharah. Semoga semua urusan anda dipermudahkan.

Jika jawapan anda ingin menyambung pelajaran. Anda perlu tentukan di mana anda hendak belajar. Disini cadangan saya.

1. Tingkatan 6
Ye, rayuan ke tingkatan 6. Selepas seminggu anda berduka lara sebab SPM yang tak semenggah tu, anda pergilah ke sekolah. Masuk perjabat, dan tanya kerani di mana nak ambil borang permohonan rayuan ke tingkatan 6. Isi kan dan lampirkan dokumen-dokumen yang diminta. Dah siap hantar balik borang dan dokumen yang diperlukan kepada pihak sekolah. Dan tunggu sehingga surat tawaran sampai ke rumah.

2. Diploma di IPTA/ IPTS
Kadang-kadang kita je rasa keputusan kita tu tak ke mana. Padahal, kita boleh je sambung belajar ke IPTA/IPTS pilihan kita. Biar rayuan mahupun permohonan biasa. 

Untuk IPTA, anda perlu menerusi UPU untuk memohon. Beli no daftar UPU di BSN dan masuk ke portal UPU:  

Ataupun anda juga boleh memuat turun aplikasi UPU di google. Senangnya zaman sekarang ni. 

Sila rujuk cara pembelian UPU disni: 

Untuk IPTS, biasanya selepas keputusan SPM keluar, berlambak-lambak surat tawaran dari IPTS sampai ke rumah. Sekiranya anda mengalami kekangan kewangan, saya tidak menggalakkan anda ke IPTS. Akan tetapi, sekiranya anda betul-betul berminat, anda boleh ke laman web IPTS berkenaan dan boleh memohon melalui online. 


3. Giatmara/ILP/insitusi kemahiran
Sekiranya anda berminat dengan kemahiran. Anda boleh mengisi secara online di laman web insititusi-institusi tersebut ataupun mengambil borang di kaunter. Tapi, pertimbangkan isu syarat kelayakan terlebih dahulu dan kursus-kursus yang ditawarkan.

Bagi Giatmara:

Bagi ILP:

Anda juga diperuntukkan elaun belajar. Jadi, jangan lupa mohon ye!

4. Kolej komuniti
Kolej komuniti ni menyediakan asas kemahiran dan terdapat juga asas pengurusan seperti Pengurusan Perniagaan. Juga menyediakan sijil-sijil bagi setiap kursus yang ditawarkan. Anda boleh mendaftar dan mencari info2 berguna di:


Setakat ini sahaja cadangan saya. Tu je ke? Nama lagi cadangan, ini  setakat yang terbaik boleh saya cadangkan. Mungkin pembaca bukan lah penerima keputusan SPM tahun ini. Tapi masih boleh dijadikan maklumat tambahan. 

Bagi penerima keputusan SPM 2017. Sekali lagi saya ingatkan, jangan sesekali putus asa. Masih ada jalnnya untuk berjaya. Semoga yang terbaik untuk anda.

Untuk yang memlilih perkerjaan sebagai alternatif. Akan saya tuliskan untuk anda cadangan-cadangan kerja yang boleh anda lakukan. Sekian dari saya.








Comments